Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan keizinan buat kita untk sekali lagi menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw yang jatuhnya pada hari ini 26 februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 Hijrah.
Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
salam Maulidur Rasul buat semua umat baginda Rasulullah SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Design by Amanda @ Blogger Buster