Sabtu, 6 Mac 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Jumaat, 26 Februari 2010

Lanjutkan pelajaran di tempat yang betul mengikut kerjaya yang anda minati.

Secara umumnya, kerjaya seseorang itu lebih banyak dipengaruhi oleh kecenderungan dan pencapaian akademiknya berbanding dengan faktor lain. Anda boleh memasuki pasaran kerja melalui beberapa peringkat latihan akademik yang ada di negara kita. Antaranya ialah:

1. Diploma/Ijazah Daripada Institusi Pengajian Tinggi.
Mereka yang mempunyai ijazah atau diploma daripada institusi pengajian tingi selalunya menjawat jawatan tinggi dan profesional seperti doktor, akauntan, jurutera dan arkitek. Untuk menjawat jawatan seperti ini, kita perlu mengikuti latihan dan pengajian khas yang boleh diperolehi daripada institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara.

2. Program Politeknik, dan Vokasional.
Negara kita ada menyediakan pelbagai program latihan kemahiran vokasional pada peringkat sijil dan diploma seperti teknikal dalam bidang elektronik dan mekatronik. latihan kemahiran seperti in boleh diperolehi daripada institusi vokasional/teknikal tajaan kerajaan atau pusat-pusat latihan badan berkanun dan sektor swasta.

3. Program Sektor Awam
Anda juga boleh mendapatkan latihan kemahiran jangka pendek dan jangka panjang yang disediakan oleh sektor awam. Antaranya ialah program-program kemahiran belia anjuran Institut kemahiran MARA dan Institut Latihan belia negara (, program-program keusahawanan dan perdagangan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan latihan kejururawatan dan pembantu perubatan anjuran Kementerian Kesihatan.

4. Latihan Teknikal dan Profesional Sektor Swasta
Latihan kemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan profesional daripada pelbagai institusi pengajian swasta. Ini termasuklah kelayakan profesional daripada institusi pengajian tinggi dan badan profesional luar negara yang bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dan badan profesional tempatan.

5.Latihan Angkatan Tentera atau Polis
Latihan angkatan tentera dan polis hanya dikendalikan oleh pihak kerajaan. Latihan polis dikendalikan oleh Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia, sementara latihan ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Belajar sendiri atau Melalui Sistem Jarak Jauh/Gaya Pos
Kini, terdapat banyak sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan pelbagai kursus jarak jauh/gaya pos . Cara belajar yang sebegini sesuai untuk golongan yang bekerja atau yang tinggal jauh daripada institusi pengajian yang menawarkan kursus pilihan.
p/s : keputusan stpm baru keluar, mungkin ini boleh membantu anda mendapatkan maklumat untuk meneruskan pengajian bagi mencapai kerjaya yang anda minati.

Analisis Kerjaya Diri

Semasa membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri, anda perlulah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya. Jika ini berlaku, anda tidak akan dapat mencapai kepuasan dalam apa yang anda lakukan.

Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan membuat penilaian diri. Anda boleh membuat senarai semak dan menandakan mengikut kategori minat/tidak berminat.
Anda boleh mencuba senarai semak berikut:

1. Subjek diminati di sekolah
a. Bahasa
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Tamil
Bahasa Mandarin
Bahasa asing

b. Sastera
Sejarah
Geografi
Kesusasteraan Melayu
Pengajian Islam

c. Sains
Kimia
Fizik
Biologi
Matematik

d. Subjek praktikal
Lukisan
Sains Rumah Tangga
Sains Pertanian
Perakaunan
Komputer
Kemahiran Hidup
dan sebagainya...

2. Ko-kurikulum
a. Pasukan beruniform
Pasukan Kadet
Pasukan Pengakap
Pasukan Pandu Puteri
Pasukan Bulan Sabit Merah
Lain-lain...

b. Persatuan Praktikal
Kelab Bahas/Pidato
Kelab Kembara
Kelab Komputer
Lain-lain...

c. Badan kemasyarakatan
Kelab Interaksi
Kelab Kaunseling
Lain-lain...

3. Hobi
a. Hobi di dalam rumah
b. Hobi di luar rumah

4. Aktiviti Luar Sekolah
a. Sukan
b. Kumpulan Keagamaan
c. Kumpulan Kemasyarakatan
d. Kumpulan Kebudayaan
e. Pertubuhan Kebajikan

5. Adakah anda suka bertugas
a. Di dalam pejabat?
b. Di luar pejabat?

6. Adakah anda suka bekerja
a. Sendirian?
b. Berkumpulan?

7. Bolehkah anda bekerja dengan orang lain di dalam
satu kumpulan?
a. Ya
b. Tidak

8. Adakah anda suka kerjaya yang melibatkan orang ramai?
a. Ya
b. Tidak

9. Apakah motivasi anda untuk bekerja?
a. Gaji
b. Kepuasan kerja
c. Kebajikan/perkhidmatan

10. Mahukan anda habiskan sebahagian besar hidup anda pada satu pekerjaan sahaja?
a. Ya
b. Tidak

Dengan membuat analisis jadual ini, anda dapat melihat kecenderungan diri anda.
Umpamanya, jika anda berminat menjadi seorang pakar kaji bumi ( anda mesti meminati mata pelajaran geografi, matematik dan sains. Anda juga mesti berminat melakukan kerja-kerja lasak di luar pejabat dan kerja penyelidikan di dalam makmal.

Buatlah analisis anda sendiri secara terperinci. Fikirkan dahulu selama seminggu atau dua minggu sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kerjaya yang ingin anda ceburi.

cuba hayati lirik lagu ni.. sangat bermakna

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba

*korus

Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandaku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama


Lirik Hampir Ke Situ - Mendua


p/s : andai semangatmu gugur... gegamlah tanganku, kita hampir ke situ

Cara tangani stress

Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRES di Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah ( Berita Mingguan 04 Julai 2004 )
1. Memperbanyakkan membaca al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan yoga
8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi ( reda )
10. Muhasabah diri ( penyucian minda - ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar/ahli agama )
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum
Kaedah Pengurusan Stress Menurut Islam
1. Tadabbur al-Quran
2. Tafakkur - merenung dan memikir dengan mendalam mengenai sesuatu bermula dengan berfikir tentang diri sendiri.
3. Banyakkan sedeqah
4. Taqarrub - mendekatkan diri kepada Allah sehingga dapat mengenali Allah SWT
5. Banyakkan berzikir
6. Husnu Dzon kepada Allah SWT
7. Banyakkan Bersyukur kepada Allah.
8. Tawakkal kepada Allah.

15 TIPS PENGURUSAN STRESS

1. Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2
2. Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.
3. Doa.
4. Mental Exercise. Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.
5. ubah susun atur rumah
6. pengurusan masa
7. Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative kerana stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
8. terima kekuatan dan kelemahan diri
9. Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai.
10. Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.
11. Lakukan perubahan
12. jaga hubungan baik
13. ketawa dalam keadaan sukar
14. bergaul dengan orang yang positif
15. menyemai sikap ehsan
p/s : setiap individu berbeza cara menangani stress, selagi cara itu berkesan dan tidak memudaratkan diri, ianya boleh untuk terus diamalkan. ingat stress perlu diurus bukan dibiarkan.

Tanda-tanda stress..


Individu yang mengalami stres akan menunjukkan tanda-tanda ;
1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh,
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan keizinan buat kita untk sekali lagi menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw yang jatuhnya pada hari ini 26 februari 2010 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 Hijrah.
Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
salam Maulidur Rasul buat semua umat baginda Rasulullah SAW.

Khamis, 25 Februari 2010

Psikologi Putus Cinta.

Apakah cara anda berdepan dengan hubungan goyah yang sedang menanti belah? Adakah anda memutuskan hubungan, bersuara untuk membetulkan keadaan, terus setia atau mengabaikannya begitu sahaja?
Seseorang yang putus cinta akan berada dalam fasa psikologi yang kurang rasional sehingga adakalanya bertindak di luar sedar. Pada kaca mata umum kisah permasalahan cinta kelihatan remeh, kebudak-budakan serta tidak matang malah, dipandang serong kerana ada perkara yang lebih penting daripada kisah basa basi cinta dan putus cinta.

Tetapi kepada mereka yang sedang atau pernah melalui episod putus cinta mengakui kesakitan psikologikal yang terpaksa ditanggung begitu berat. Kesan putus cinta begitu mendalam sehingga boleh melumpuhkan diri menyebabkan seseorang tidak berdaya, putus asa dan tidak berupaya berdepan dengan realiti. Ia mempengaruhi diri dalam perhubungan interpersonal pada masa hadapan.

Tempoh merawat dan memulih diri kesan putus cinta tidak dapat dijangkakan. Emosi membelenggu dan menghimpit. Fikiran bercelaru, kebingungan, tidak keruan adalah reaksi-reaksi psikologikal pemikiran dan emosional menjadikan konflik intrapersonal putus cinta membebankan.
Pakar psikologi, Rusbult mengenalpasti empat gerak balas dalam bentuk reaksi-reaksi psikologikal kesan putus cinta.
Pertama, keluar daripada perhubungan yang merujuk kepada tindakan menarik diri atau mengancam untuk tidak meneruskan perhubungan percintaan yang dijalin. Keluar daripada perhubungan adalah tindakan aktif yang pada masa sama bersifat distruktif. Ini kerana adakala ia disusuli dengan tindakan-tindakan di luar jangkaan yang memburukkan lagi suasana dalam diri dan status perhubungan. Emosi menguasai tindakan dan perilaku. Sifat yang tidak disedari muncul dalam keadaan tidak sedar atau kurang disedari.
Kedua, bersuara di mana pasangan di ambang perpisahan bersuara dengan membuat perbincangan, cuba berkompromi, menghadiri sesi kaunseling atau terapi dalam usaha mengubah pasangan. Bersuara tidak bermaksud meluahkan secara lisan apa yang berlaku tetapi bersuara melibatkan reaksi-reaksi aktif positif yang membina.
Ketiga, kesetiaan untuk terus bersama dengan pasangan walaupun menyedari wujudnya masalah dalam perhubungan intim. Mereka yang tidak setia sebenarnya tidak cuba menyelesaikan masalah yang melanda perhubungan tetapi lebih kepada percubaan untuk terus bertahan mengharungi pergolakan perhubungan percintaan mahupun perkahwinan. Mereka yang menganggap diri setia mempercayai keadaan akan berubah dengan berlalunya masa. Mereka menekankan kepentingan dengan meyakinkan diri untuk terus kekal bersama. Kesetiaan dari sudut psikologi adalah sesuatu yang pasif tetapi bersifat konstruktif.
Keempat, pengabaian di mana keengganan untuk bersama mengendali, mengurus permasalahan yang sedang memporak-perandakan perhubungan percintaan. Lantas, seseorang itu lebih rela membiarkan perhubungan dibubarkan saja. Tindakan mengabai, ditunjukkan dalam bentuk tindakan seperti tidak mempedulikan pasangan, mengurangkan masa bersama, tidak mahu membincangkan masalah sebenar, melayan pasangan dengan cara yang tidak sesuai, tidak wajar atas desakan emosional, mengkritik pasangan dengan perkara-perkara yang tidak ada kena mengena dengan masalah sebenar.
Pada yang tidak arif dalam mengendalikan putus cinta ia bagaikan luka bengkak yang menjadi nanah, secara kronik merungut, tidak puas hati tidak mahu berusaha, berikhtiar mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan sebenar dalam perhubungan percintaan. Pengabaian yang bersifat pasif dan distruktif ini memburukkan lagi keadaan.
Perlu diingati keempat-empat reaksi-reaksi emosional serta tindakan psikologikal akibat putus cinta sebagaimana yang dijelaskan di atas berlaku dalam keadaan yang berbeza antara individu. Perbezaan ini dipengaruhi oleh personaliti, latar belakang, jangka masa perhubungan percintaan, tahap pendidikan dan corak rangkaian pergaulan yang membentuk mentaliti menghadapi.
Mereka yang bertindak untuk keluar daripada perhubungan cinta mempercayai tiada apa yang perlu ditakuti dengan bertindak sedemikian dan percaya perhubungan tidak perlu diselamatkan.
Bersuara juga adalah tindak balas yang bersesuaian apabila perhubungan yang dijalin dihargai tetapi berada dalam status bahaya.
Kesetiaan dilakukan dalam usaha untuk mengekalkan status quo. Mereka yang berpuas hati dan banyak melabur dalam perhubungan percintaan sebelum berbalah mempercayai masalah perhubungan yang dialami secara relatifnya kecil lantas berkemungkinan untuk terus setia.
Pengabaian adalah tindakan distruktif yang menghancurkan perhubungan yang kerap dilakukan oleh mereka yang tidak tahu bagaimana lagi untuk memperbaiki perhubungan yang goyah.
Kajian Choo, Levine & Hatfield (1996) mendapati perempuan lebih banyak menyalahkan lelaki bila putus cinta sementara lelaki menyibukkan diri dengan kerjaya atau melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sememangnya putus cinta dalam perhubungan interpersonal adalah suatu pengalaman menyakitkan. Keperitan psikologikal putus cinta adakalanya tidak tertanggung. Namun perlu disedari dalam kemelut permasalahan putus cinta ada kemanisannya tetapi kebijaksanaan mengatasi segalanya.
sumber : akhbar kosmo

"PERKOSAAN VISUAL" !

Ketika kita masuk ke toilet,bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang dibelakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka). Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area.
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Letakkan ujung kuku anda diatas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
p/s : buat para wanita, jga diri, jga maruah, jga peribadi, jangan nakal2.

JUAL ANAK

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

Pak Abu : Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.

Pak Majid : Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu : Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit.

Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak

Majid...?

Pak Majid : Hmmmmmmm. .. Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui

hidungnya...

Pak Abu : Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan

kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.

Pak Majid : Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda

dulu..Aku jual je anak-anakku tu..

Pak Abu : Hah??? Engkau biar betul Majid!

Pak Majid : Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang

di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam

nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!

Pak Abu : HEHEHEHEHE.. P/S : tersentak seketika selepas baca dialog ni..sedih pun ada. pesanan buat diri sendri dan buat semua insan yang bergelar anak. ibu bapa sangup berkorban untuk kita, kenapa tidak kita berkorban untk mereka tatkala tiba masanya, tatkala mereka tak kuat untuk berjalan dan memerlukan pimpinan kita, tatkala mereka tidak berupaya menyuapkan nasi ke mulut sendiri.. mereka perlukan bantuan kita seperti mana kita perlukan mereka semasa kecil. biar bagaimanapun mereka, biar siapa pun mereka, mereka tetap ibu bapa kita. hanya 1 ibu kandung dan 1 bapa kandung yang kita ada. tak akan ada 2nya. hargai dan sayangi mereka tatkala mereka masih lagi bernafas untuk bersama kita. buat mak ayah.. love u so much..

Selasa, 23 Februari 2010

kongsi pengalaman

baru ni saya dan ahli kumpulan saya telah membuat program motivasi di sebuah sekolah. apa yang saya nak kongsikan disini adalah sedikit pengalaman yang sangat berharga bagi saya. pelajar yang menjadi peserta kami sangat sukar untuk di kawal pada permulaannya terutamanya pelajar lelaki. bayangkan pada majlis perasmian ada pelajar yang berani membuat isyarat cut kepada pengetua ketika pengetua sedang berucap. mereka tidak menghormati orang lain meskipun pengetua mereka sendiri, itulah antara realiti pelajar reamaja masa kini yang harus ditempuh para guru dan juga bakal kaunselor. dan apabila masuk kepada ice breaking hinggalah kepada proses membntuk kumpulan. masa yang lama harus kami ambil kerana mereka tidak mahu memberikan kerjasama. namun setelah terbentuknya kumpulan dan sehinggalah majlis penutupan mereka memberi kerjasama yang sangat baik. pengetua memuji kami kerana dia hairan melihat studentnya menjadi sangat baik tanpa perlu dimarah dan ditenking. meskipun bukan pujian yang kami harapkan, namun respon positif pengetua itu cukup membuatkan kami tersenyum puas. sebenarnya mereka sangat baik, cuma kita kena gunakan pendekatan yang betul (trima kasih kepada En. Aziz (pensyarah kami) kerana pendekatan yang diajar banyak membantu kami). apa yang saya dapat lihat semasa program ini, pelajar yang dikatakan jahat dan nakal itu, tidak seteruk yang digambarkan sebenarnya. mereka perlu disuntik dengan pekara positif (dorongan, kasih sayang, penghargaan dan sebagainya) agar pekara negatif (pandangan serong, label yang diberi, cacian dan sebagainya) yang terbuku dihati mereka dapat dineutralkan yang seterusnya mendorong diri mereka untuk menjadi yang terbaik.

Sabtu, 20 Februari 2010

kaunselor sempurna??

saya selalu dengar orang cakap.. "nama ja ambik kaunseling, tapi peragai......", "tak payah jadi kaunselor la kalau diri sndri pun tak betul". "nama ja kaunselor tapi tak pndai nk jga hati org"........ "kaunselor patut mcm ni, bukn mcm tu".. hello.. kaunselor bukan alat atau robot yang patut jadi macam yang orang lain nak. asal namanya kaunselor ja dia patut sempurna, tak boleh buat silap. silap kauselor sikit dicanag dan dibesarkan. sampaikan kaunselor makan dan berbual2 di kantin sekolah pun jadi satu kesalahan. katanya kaunselor tak da keja. tapi klau guru lain buat salah macam tak nampak ja. sya faham ini realiti yang patut kaunselor hadapi. sapa suruh ambik kaunseling kan. tapi cuba fikir kalu korang yang duduk kat tmpat kaunselor. apa korang rasa?. gerak-geri, patah perktataan yang diucapkan, sikap.... semuanya diteliti dan dinilai oleh orang lain. tak payah tunggu kat sekolah nanti. kat U pun bnda ni dah jadi. mana da manusia sempurna. macam tu juga kaunselor. kaunselor pun manusia, ada kelemahan, ada cacat cela. so fikir-fikirkan lah.
asal seorang kaunselor tu dapat menjalankan tangugjawab dia dengan baik, patuhi etika profesion dia, itu dikira seorang kaunselor yang baik. peribadi diri dia terpulang la. kaunselor bukan malaikat.

p/s : ini berdasarkan pglamn dan pndangan saya sebagai insan yang bakal bergelar kaunselor. IZINKAN KAUNSELOR JUGA BEBAS BERNAFAS SEPERTI ANDA.

Jumaat, 5 Februari 2010

“TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA”

1. selalu berfikiran positif,dan logik.
2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang
respon .
4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh
memotivasikan diri.
5. sentiasa memaafkan orang lain.
6. selalu berdoa.
7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. selalu bersenam.
9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10. mempunyai rehat yang cukup.

p/s : sesekali cuba kita fikir, apa y kita dapat dengan membiarkan emosi negatif seperti marah menguasai diri kita.. saya rasa kita sendiri rasa x best dengan emosi tersebut. so, better kita senyumm ja.. tenang jiwa., x gitu?

Selasa, 19 Januari 2010

kewujudan blog ini...huhu

sebenarnya saya pernah kata pada diri saya biarlah saya menjadi "seseorang" dulu baru saya akan buat blog. "seseorang" yang sekurang-kurangnya membuatkan saya bangga dengan diri sendiri. namun dek tuntutan assignment, saya siapkan juga blog ni. (tdk x dapat markah...hehe). sebab tuntutan assignment jugalah ayat2 dalam blog ini agak formal.(xpa la bakal2 guru kena belajar formal sikit...kan?). sy akan cuba memanfaatkan kewujudan blog ini dengan sebaik mungkin dan menjadikan blog ini juga bermanfaat untuk pengunjung yang singah dan membaca blog ini. InsyaAllah.

kenapa atas nama cinta?

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya yang dinamakan atas nama cinta. mungkin ada yang tertanya2 (kalau ada la..eheh) knapa blog ini dinamakan atas nama cinta dan mungkin ada yang beranggapan ianya merujuk kepada cinta antara lelaki dan wanita. sebenarnya istilah atas nama cinta ini wujud dalam diari hidup klau tak silap ketika saya tingkatan empat selepas menonton sebuah drama bertajuk Dengan Nama Cinta lakonan Jehan Miskin. drama tersebut memberikan saya kesedaran dimana kita perlu melakukan semua pekara dengan rasa cinta baik bekerja, belajar, membantu ahli keluarga atau apa sahaja. dengan berbekalkan rasa cinta tersebut kita akan lebih bersemangat, gembira dan senang dengan apa yang kita lakukan. istilah atas nama cinta ini akan saya jadikan sebagai pembakar semangat apabila bergelar kaunselor suatu hari nanti.
 

Design by Amanda @ Blogger Buster